Tuesday, December 13, 2011

BIARLAH SATU ASALKAN DENGAN YANG “SATU”

Assalamualaikum, selamat pagi, selamat petang, dan selamat malam kepada insan yang membaca penulisan ini. Ambo tidaklah petah menulis apatah lagi berbicara kata, tapi hati Ambo sentiasa ingin menyampaikan sesuatu.

Hati remaja seringkali membicara pelbagai perkara. Tunggu arah sahaja untuk ditujui, jika benar pemikirannya maka benarlah tujunya. Jika sesat pilihanya, maka musibahlah penemannya. Ambo ingin berkongsi pengalaman resah hati hamba Allah yang lemah ini dengan harapan dapat dicedok sesuatu untuk dikongsi.

Satu hari, hati Ambo pernah merasakan saat keseorangan. Pastinya saat itu ketika sedih menjadi rantai luka hati. Ambo mendapat keputusan ukuran dunia dengan ukuran yang agak mengecewakan. Sedang tangan yang Allah pinjamkan ini memegang kertas ukuran dan mata yang sempurna ini menolong melihat, hati terus menjerit menagis dengan jeritan batin. Kenapa boleh berlaku? Seolah-olah menidakkan yang sudah ditulis.Hati lemah Ambo terus pintar berkat-kata. Ibu-bapa Ambo jauh di Indonesia, keluarga Ambo entah kemana. Hati Ambo terus gelisah menagis bersama mata yang membeku air matanya.

Sedar selepat solat dan sedikit al-Mathurat, hati Ambo terus membicara. Tenang jiwa kerana Allah. Bukan kerana manusia, makhluk, mahupun mentaliti. Terus kerana Allah! Sekian lama manusia berada dikekudukan selesa, jangan lupa ada ada satu kedudukan yang meragut jiwa. Jika Allah sayang akan seseorang itu, pasti teguran itu adalah tongkatnya.

Akhir coretan, kongsi kisah Rasulullah sedikit disini.
Pernah Rasulullah S.A.W dicaci oleh orang Yahudi, yang menuduh Tuhan Baginda S.A.W sudah meninggalkan Baginda S.A.W, kerana sudah lama tidak turun wahyu kepada Baginda S.A.W.. Kepiluan Baginda S.A.W kian terasa. Bukan kerana celaan si pencela. Tetapi, takut ditinggalkan ALLAH! Sang Kekasih tercinta!

Maka, Allah S.W.T menjawab kerinduan itu dengan berfirman (dalam Ad-Dhuha): “Tuhanmu(Hai Muhammad) tidak pernah membiarkanmu dan tidak pernah membenci….”
Allah memupuk rasa kehadiran dan kebersamaan Allah S.W.T dalam diri Baginda S.A.W. Itulah sebaik-baik penawar dalam jiwa. Jadi, BIARLAH SATU ASALKAN DENGAN YANG “SATU”.. LA TAHZAN (ayat famous) dan Terima Kasih.   ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha