Wednesday, April 10, 2013

Setiap hari ku bermain alam;
Pokok, binatang, juga sang manusia;
Aku berkerja untuk hijau;
Ku bajak, ku semai, ku tanam;
Ku lihat fikir jua ciptaan Tuhan;
Hebat!Hebat!,
Tepuk fikiranku.

Kuternak ku gengam sunnah mu;
Ku Iman kau Rasul aku;
Aku mohon seru cinta mu;
Tolonglah aku.

Kadang kala ku tersepit;
Tersepit dugaan mu;
Tersepit perasaanku;
Tapi aku tahu;
Aku ada Kamu.

Aku takut isi Dunia;
Aku mudah lalai;
Mudah lupa;
Mudah untuk kalahkan aku;
Sungguh mudah!

Umurku;
Umur kuat kata insan;
Kadang kala panas;
Kadang kala hujan;
Tiba-tiba jadi mendung;

Keluarnya cita-cita;
Disusuli visi dan misi;
Ditambahnya unsur cinta;
Kadang kala aku tak kuat bertarung;

Hanya aku minta ya Allah;
Semaikanlah semangat usaha;
Bersama aku sentiasa tika aku berjuang;
Setiap saat dalam hidup adalah perjuangan;
Dengan berpaut tangan Mu aku jadi perkasa!


Bahagia itu sederhana fikirku. fikir mu?


Sunday, April 07, 2013

Ana fening..

Assalamualikum..

  Kali ini blog ditulis dengan perasaan sedih dan kecewa.. Entahlah, sedih dan kecewa tak pernah berpisah dari hati ini. Mengapa perlu sedih? Pujuk hatiku, Allah dah bagi banyakkkkkk2 perkara pada kita. Tapi pabila Dia tarik sesuatu dari kita, hati terus menggelepar terlompat lompat. Sebab itu nama aku MANUSIA..
Terlalu lemah.

 Sebab apa aku sedih? Entah la, ternakan aku hampir mati petang ini, 50/50 kundisinya.. Lihatlah, kalau ada rezeki esok pagi masih bernyawa.. Semua ditangan Allah.. 

  Kenapa aku kecewa? Ayahku terlebih letak thinner kat pusat ternakan dan siap lumurkan kebadan lagi.. Aku tak salahkan ayah aku, tapi perasaan kecewa tetap melekat. Apa sebab? Mungkin aku tak boleh terima kesilapan tu.. Salah aku jugak sebab aku takde ketika itu.. Maafkan aku..

  Sepatotnya rawatan tu dibuat dengan teliti menggunakan Aerosol untuk hapuskan Maggot Worm. 


Kita lihat esok sajalah kalau ada rezeki,adalah!.. Alhamdulillah




 Buruk pusat nie perkara biasa.




Selepas aku sembur meggunakan Zoosamex (biru) ..

Rawatan Sepatutnya

-Basuh luka dengan ubat kuning (Iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
-Sapukan ubat "lorexane" pada luka
-Semburkan ubat penjauh lalat seperti Gusanex, Zoosamex atau "negusant powder



 Itulahhh, kita bila buat sesuatu kerja jangan mudah putus harapan, hilang semagat boleh dicharge semula.. Tapi bila putus harapan, bendera putih diangkatnya.. Selalulah kita mencari Allah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha