Wednesday, April 10, 2013

Setiap hari ku bermain alam;
Pokok, binatang, juga sang manusia;
Aku berkerja untuk hijau;
Ku bajak, ku semai, ku tanam;
Ku lihat fikir jua ciptaan Tuhan;
Hebat!Hebat!,
Tepuk fikiranku.

Kuternak ku gengam sunnah mu;
Ku Iman kau Rasul aku;
Aku mohon seru cinta mu;
Tolonglah aku.

Kadang kala ku tersepit;
Tersepit dugaan mu;
Tersepit perasaanku;
Tapi aku tahu;
Aku ada Kamu.

Aku takut isi Dunia;
Aku mudah lalai;
Mudah lupa;
Mudah untuk kalahkan aku;
Sungguh mudah!

Umurku;
Umur kuat kata insan;
Kadang kala panas;
Kadang kala hujan;
Tiba-tiba jadi mendung;

Keluarnya cita-cita;
Disusuli visi dan misi;
Ditambahnya unsur cinta;
Kadang kala aku tak kuat bertarung;

Hanya aku minta ya Allah;
Semaikanlah semangat usaha;
Bersama aku sentiasa tika aku berjuang;
Setiap saat dalam hidup adalah perjuangan;
Dengan berpaut tangan Mu aku jadi perkasa!


Bahagia itu sederhana fikirku. fikir mu?


4 comments:

  1. Sudah la kacak, "pandai" main PES , pandai pula menulis kata kata pujangga. #respect

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang positif anggaplah sebagai pujian manakala yang negatif anggaplah cuma sindiran gurauan :)

      Delete
  2. whoaaa.....bakat terpendam nampak!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha