Monday, August 27, 2012

Pejam Celik..

 Aku pejam, aku celik... Hampir empat bulan sudah aku merempat kat rumah.. Kejap jerk rasanya dan bagaikan mimpi aku belajar di Matrikulasi Banting.. :( .. Dari tarikh aku tulis post nie 3 4 hari jea lagi aku nak masuk Universiti.. Aku tak lah exited sangat, tapi bole tahan la.. Yang aku nampak exited lebih dari aku, adalah mak dan ayah aku.. Itu la ibu bapa, sentiasa gembira dengan apa saja kejayaan anaknya..

 Paling aku tak mau tinggalkan adalah rakan-rakan aku kat belakang rumah aku nie haa.. Hampir seluruh hari aku habiskan masa melayan karenah kawan-kawan aku nie.. Ada yang samseng, manja, baik, liar.. Macam-macam la kalau nak digambarkan.. Semenjak 4 bulan aku kat rumah nie, dah 3 ekor anak biri-biri lahir.. Agak memuaskan la pencapaian nie bagi aku.. Sampai ade sorang budak comel yg datang beraya cakap,


"Mama esok nak datang lagi kat Zoo nie.."

Hahahha.. seronok aku mendengarnya ..Okayla, ade beberapa ahli baru dalam Zoo blakang rumah ak nie.. Aku nak perkenalkan.. :)













Namanya "Culas"..  Nie ayam hutan.. Selain Roslan, dia nie la bapak ayam yang samseng.. Tapi dia agak kecik berbanding Roslan sebab dia ayam hutan.. Sekali berkokok, satu kampung dengar.. 



 Namanya "Che Tong", Ibu ayam hutan.. Pemalu sikit tetapi agak liar sedikit..  Nak tangkap memang comfirm tak dapat..



 Namanya "Syahwal".. Mak aku bagi nama sebab dia lahir time hari raya.. Orang sibuk-sibuk beraya, dia pulak keluar.. Syahwal nie kacukan baka Sata Innes dengan baka Dorset.. Saiznya lebih besar dari yang dah lahir sebulan..



 Namanya "Tupai".. Aku bagi nama Tupai sebab sebijik macam tupai..Nie baka jenis Rex.. Antara termahal dalam spesis arnab..




Nie kawan-kawan Tupai..


 Yang berdiri tu namanya "Izzara".. Tersangat ayu.. Baka Rex jenis broken black.. Antara arnab fevorite budak-budak kat rumah aku..






Nie namanya "Cek Leha".. Agak bodoh.. Sebab dia bunuh semua anak dia yang warna hitam.. Sebab dia tak rasa tu nak dia.. Kita manusia jangan la jadi macam dia.. 

Thursday, July 26, 2012

Perghhhhh..

Assalamualikum...


  Ayat biase blogger-blogger yang berkaliber dan otai akan cakap di awal tulisan beliau-beliau adalah, "perghh, dah lama tak update blog".... Rata-rata macam tu la.. hihihi..


Pernah dengar lagu gemuruh jiwa? 15 kali seminit akan dimainkan di celah-celah televisyen.. 



 Bukanlah hendak memuja lagu tapi dalam lirik lagu nie sarat dengan kata-kata semangat.. Contohnya time Ramli Sarip nyayi, 

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

 Perghhh, kalau la ayat tu masyuk betol dalam kalbu kita.. Kejap je motivasi full charge dalam dada 
kita.. Tapi pernah juga ak dengar Dr. Muhaya Mohamad cakap dalam televisyen, "Kita berlu berinspirasi bukan bermotivasi".. Limaza? Kerana motivasi boleh terbang bila-bila masa saja.. Sama la kita time study atau buat ape-ape kerja, senang sangat hilang motivasi.. Oleh kerana itulah, kita perlu cari inspirasi.. Buat ubat!.. 





Daging Kicap..


Butir Nangka..


Perghhhhhhhhhhhh, makanan LAGEND time moreh, tapi aku... Tak pernah makan Moreh!!



Anda juga boleh membaca artikel ini..Best..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha