Thursday, March 29, 2012

HidopItu BergaramBergula... :)

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 

Sentap bagun awal pagi td dengan ketiadaan sahabat yang sudah berada di

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)..

Ambo pada malamnya tertidor awal dek ORGANIC CHEMIS..

Pulangnya Beliau ke TANAH TERENGGANU oleh kerana pulangnya Datuknya 

ke sisi ALLAH... 

credit untuk: NIk Fauzan bin Yahya.. (al-fatihah)

 

Begitu jugalah ambo yang bergegas pulang ke TANAH KELANTAN dengan 

KILATnya..

Meminta bantuan Vios Sir Azli,

Menumpang AirAsia,

Membonceng 125ZR,

 

Tapi,

Jodoh ALLAH di tanganNya..

Usahlah kita mempersoal tetapi merancanglah dan menerima dengan hati yg terbuka..

Jodoh itu sudah tiada..

Tidak sempat Ambo tatap wajah Alif,Ba,Ta..

Yang begitu Ambo ingat dek ilmunya Ambo mampu membaca Al-Quran..

Ikatan yang terbentuk bukan sekadar ikatan darah dan daging,

Malah, terbentuk ikatan Imu yang bermanafaat..

 

Sempat Ambo menghirup bau kemiyan,

Bau yang menyakitkan hati, mujur ada bahu ibu yang tolong menghijab tangisan..

Kata mak yg x mungkin ku lupa,

 

 "Sabar la Nik, dia takdok doh..

 Pade doh umur dio beratus tahun..  

Kito bgi doa denge ilmu yg berguno ko dio"

 

 

 Tersentak  Ambo bila diajak turun ke liang lahat untuk menurunkan Cek ke liang

dan menidurkan Cek selamanya,

 tapi, kali ini tak mampu Ambo turun..

"Nik Mintak maaf sangat-sangat dekat Cek"..  

 *(cek namo panggilan kepado datok)

 

Darah petani,

Darah penternak,

Darah bengis,

Darah pendekar,

Darah ingin berkongsi,

 masih mengalir dalam tubuh Nik,

"i.Allah Nik hantar Ilmu yg Berguan tu ko Cek.." 

 

Kita semua pom akan menyusul kembali ke TANAH..


AL FATIHAH

..Muhammad Nor bin Harun..





 

 

 

 


Saturday, March 17, 2012

Hormat itu milik semua..


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


"Indah hidop kita kalau hidop itu dalam persekitaran hormat menghormati"
Pasti TIDAK akan ada orang mengangkat tangan atau kaki dan teros mengatakan kenyataan itu SALAH..

Apa yang hendak dikatakan dalam penulisan ini adalah hidop perlulah dalam keadaan hormat menghormati..


Bersepah sepah jari menulis, mulut membicara akan ANAK tidak hormat akan IBU BAPAnya, MURID hilang atau lebih senang teros tidak hormat akan GURUnya.. MASYARAKAT dan KITA sendiri kebanyakkannya lebih celik akan situasi ini..

BEGINILAH....

Sebelom jari kita sedap menunding akan 100% kepada budak-budak, pelajar-pelajar, malah yang dah dewasa...

Sedarkah kita sebenarnya ibu bapa dan guru dalam masyarakat Malaysia sendiri KEKURANG rasa hormat akan anak-anaknya..

Rosak benihnya bukan akan perosak, tetapi akan induknya..

Bismillahirrahmanirrahim, Ambo cubo relatekan dengan pengalaman Ambo,
Ambo ketika zaman sekolahnya boleh diketegorikan pelajar agak bermasaalah dan kadang-kadang amat bermasaalah.. Begitulah juga kebanyakkan geng-geng dan rakan-rakanya.. Dengan masalah rokoknya, lompat pagar, buli, ponteng, dan sebagainya.. Tidak malu untuk mengaku..

Jadi, pelbagailah GURU-GURU yang hadir dalam gejala salah laku ini..
Pada pandangan Ambo,
Gagal kebanyakkan mereka untuk menolong anak bangsa,
Kerana gagal mereka memainkan perasaan hormat terhadap anak-anak..
Janganlan mempersalahkan dan mempersoalkan kesalahan anak-anak hidup-hidup..

Kebanyakkan Remaja memang susah untuk faham akan erti HIDUP ..
Sebab itulah mereka bertindak bodoh.. Saya fikir ibu bapa dan guru lebih faham kerana mereka juga melalui frasa keremajaan...

TETAPI kefahaman itu agaknya salah.. Seolah olah kebanyakkan dari mereka tidak melalui usia ramaja..Remaja juga perlu sama-sama memahami situasi ibu bapa dan guru.. Persekitaran TAFAHUM (faham memahami ) boleh mnjadi kunci pintu penyelesaian.. Tp sejauh mana kita mampu mencapai TAFAHUM..

TERAMAT penting untuk anak-anak TAHU dan SEDAR akan ibu bapa jua HORMAT akan mereka.. Disini cacatnya.

Bagaimana pula suasana hormat menghormati dan kasih sayang ini dapat dikembalikan?
Kembalikan AL-Quran, As-sunnah dan Sirah dalam kehidupan kita!
fikirkan kembali..


(sebelom kita mahu orang hormat kepada kita, belajar menghormati yang lain)
maaf jika pandangan ini tidak anda setujui, bukan untuk menunding jari, tapi ingin berkongsi fikiran ini.. Mekasih MOK AYOH dan CIKGU-CIKGU kerana menghormati AMBO..

Hormati yang tua, Sayangi yang muda..
this word must together with
Sayangi yang Tua, Hormati yang Muda..
Not, just one side...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha