Tuesday, July 10, 2012

Bak Rusa Dilibas Dek Buaya..

  Alangkah gembiranya esok tak kerja, umpama ketika zaman kecik-kecil dahulu.. Mengharap hari ahad tak payah kesekolah, sebab nak tengok Dragon Ball... Macam-macam la alasannya, sakit gigi la, muntah la, demam la, macam2 lagi la.. Tapi sumer tu tak berkesan sebab mak aku terlalu garang ketika itu.. No chance katanya pengulas bola sepak.. Tapi bila dah besar, elok2 jea.. Sebab aku dan mak aku dah jadi kawan.. Tula untungnya berkawan dengan ibu bapa.. Tapi jangan la pulak kita mengkhianati kepercayaan ibu bapa.. Betol atau salah, jujur jea.. Tu yang penting..


  Dulu-dulu ade la jugak gadoh dengan Kak Ngah aku, sebab dia suka kacau aku.. Tapi bila gadoh, teros mak aku hantukan kepala kitorang .. Serik! Taubat tak buat lagi.. Setiap kesalahan dihukum dengan tegas, pandai, adil, itulah mak aku..

gaduh ala-ala anak bear nie..




  Tapi Main Point post nie sebenarnya pasal satu Filem.. 


  Ibu Mertuaku.. Aish,, mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu tengok movie nie.. Nak tak nak, kene la tengok.. Tapi, aku tak pernah habiskan cerita nie.. Asal dah sampai part Kassim Selamat dah jadi buta, aku teros agkat kaki blah, tak pon teros pejam tido.. Aku tak boleh tengok kesedihan Kassim Selamat.. Kecik-kecik dulu, sampai nak menangis dibuatnya mengalahkan cerita hindustan.. Sebab tu aku tak suka. Menangis!!.. Disebabkan cerite nie la jugak aku menggilai nama Osman Jailani.. Nak tarok name anak pon bole rasanya.. (hahaha, classic)... Tapi sekarang, aku dah membesar, kental!! No fear orang kata.. First ak tonton sampai habis Ibu Mertuaku mase ak Form 1.. Tahun keramat kebalighranku... Rasmilah ak sebagai anak jantan sejati selepas baligh dan ditambah dengan menghabiskan cerita Ibu Mertuaku!! yeahhhhhhhh... Tapi semua dosa aku dah kene tanggung sendiri..


bye!


Poster pon dah gempak..



Aksi Kassim Selamat..



Dialog yang paling popular dalam otak aku adalah dekat scene nie.




Osman Jailani Lagend!

Thursday, June 28, 2012

Cerita yang best untuk ditonton..

Shaun the sheep..

Setiap orang ade cerita yang diminati, x kira la romance ke, aksi ke, anime ke, kartun ke, bla3 n so on.. Tp, bagi Ambo satu cerita nie bole ditonton oleh semua.. cerita nie mengisahkan  Shaun kambing biri-biri yang mempamerkan kecerdasan manusia, kreativiti, dan tingkah laku dalam persekitaran ladang, yang biasanya menyediakan konflik komedi. Dalam setiap episode Shaun mesti selesaikan sesuatu masalah. Dalam cerito nie jugak ade Bitzer, anjing yang menjaga biri-biri. Bitzer nie, hebat, cerdik, patuh.. Ambo suko tgk Bitzer sebb dia lucu. Shaun the sheep diluahkan dalam klasik komedi senyap dalam gaya animasi dikenali Aardman. Tidak ada dialog yang dituturkan, walaupun oleh watak manusia. Dengan cara ini ia mengingatkan Ambo filem komedi dan Pingu dan versi animasi Mr Bean. Cerita nie hanya meggunakan grunts mudah, bleats, dan mekik, ini semua digunakan untuk menambah ungkapan halus kepada mood dan perasaan setiap watak.. Ok, jom tgk watak2 cerito nie..


Shaun adalah hero utama dalam siri nie dan seorang pemimpin kawanan yang berwibawa. Shaun nie adalah kambing biri-biri yang bijak dan menyimpan fikiran dalam kepalanya. Beliau mempunyai sebuah persahabatan yang baik dengan Bitzer.



Bitzer adalah anjing yang mengawal ternakkan dan kawan baik kepada Shaun. Bitzer akan menolong Shaun dan geng2nya ketika dalam masalah






The farmer mengendalikan ladang dengan Bitzer di sisinya. Beliau biasenye xsedar akan aktiviti2 luar biase kawanan biri-biri beliau. Dalam tak sedar tulah joke dalam movie nie.


Timmy nie adalah sepupu Shaun. Dia nie adalam baby dalam kawanan nie, tetapi dia selalu jea buat problem. Mujurlah ade mommey nyer yg sentiasa ada untuk memastikan dia selamat. :)






Pidsley adalah kucing The Farmer, dia watak kecil dalam siri 1 dan watak utama dalam siri 2 dan juga sebagai menentang utama (penjahat ) dalam siri itu dan berhasrat untuk ambik perhatian The Farmer. Dia cemburu hubungan Bitzer dengan petani, dan tidak suka kambing biri-biri, Pidsley memikirkan mereka sebagai bodoh dan di bawah dia.




Babi adalah menentang utama siri pertama dan yang menentang menengah siri 2. Mereka sentiasa cuba untuk membangkitkan kemarahan Bebiri dan mendapatkan mereka ke dalam masalah. Bagaimanapun, Si bebabi takut dekat Bitzer. Mereka adalah pembuli Shaun dan kawanan. :p




Shirley boleh digambarkan sebagai mesin makan. Dia nie begitu besar dan ketika nk bawak dia pegi mane2, dia sering terlekat dan memerlukan kambing biri-biri yang lain untuk menolak.. Sering mendatangkan masalah!








Shaun and the geng


memikat hati..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha