Saturday, March 17, 2012

Hormat itu milik semua..


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


"Indah hidop kita kalau hidop itu dalam persekitaran hormat menghormati"
Pasti TIDAK akan ada orang mengangkat tangan atau kaki dan teros mengatakan kenyataan itu SALAH..

Apa yang hendak dikatakan dalam penulisan ini adalah hidop perlulah dalam keadaan hormat menghormati..


Bersepah sepah jari menulis, mulut membicara akan ANAK tidak hormat akan IBU BAPAnya, MURID hilang atau lebih senang teros tidak hormat akan GURUnya.. MASYARAKAT dan KITA sendiri kebanyakkannya lebih celik akan situasi ini..

BEGINILAH....

Sebelom jari kita sedap menunding akan 100% kepada budak-budak, pelajar-pelajar, malah yang dah dewasa...

Sedarkah kita sebenarnya ibu bapa dan guru dalam masyarakat Malaysia sendiri KEKURANG rasa hormat akan anak-anaknya..

Rosak benihnya bukan akan perosak, tetapi akan induknya..

Bismillahirrahmanirrahim, Ambo cubo relatekan dengan pengalaman Ambo,
Ambo ketika zaman sekolahnya boleh diketegorikan pelajar agak bermasaalah dan kadang-kadang amat bermasaalah.. Begitulah juga kebanyakkan geng-geng dan rakan-rakanya.. Dengan masalah rokoknya, lompat pagar, buli, ponteng, dan sebagainya.. Tidak malu untuk mengaku..

Jadi, pelbagailah GURU-GURU yang hadir dalam gejala salah laku ini..
Pada pandangan Ambo,
Gagal kebanyakkan mereka untuk menolong anak bangsa,
Kerana gagal mereka memainkan perasaan hormat terhadap anak-anak..
Janganlan mempersalahkan dan mempersoalkan kesalahan anak-anak hidup-hidup..

Kebanyakkan Remaja memang susah untuk faham akan erti HIDUP ..
Sebab itulah mereka bertindak bodoh.. Saya fikir ibu bapa dan guru lebih faham kerana mereka juga melalui frasa keremajaan...

TETAPI kefahaman itu agaknya salah.. Seolah olah kebanyakkan dari mereka tidak melalui usia ramaja..Remaja juga perlu sama-sama memahami situasi ibu bapa dan guru.. Persekitaran TAFAHUM (faham memahami ) boleh mnjadi kunci pintu penyelesaian.. Tp sejauh mana kita mampu mencapai TAFAHUM..

TERAMAT penting untuk anak-anak TAHU dan SEDAR akan ibu bapa jua HORMAT akan mereka.. Disini cacatnya.

Bagaimana pula suasana hormat menghormati dan kasih sayang ini dapat dikembalikan?
Kembalikan AL-Quran, As-sunnah dan Sirah dalam kehidupan kita!
fikirkan kembali..


(sebelom kita mahu orang hormat kepada kita, belajar menghormati yang lain)
maaf jika pandangan ini tidak anda setujui, bukan untuk menunding jari, tapi ingin berkongsi fikiran ini.. Mekasih MOK AYOH dan CIKGU-CIKGU kerana menghormati AMBO..

Hormati yang tua, Sayangi yang muda..
this word must together with
Sayangi yang Tua, Hormati yang Muda..
Not, just one side...




2 comments:

  1. kadang2 persekitaran pon mainkan peranan penting.

    zaman ibu bapa, guru mungkin biahnya lebih terkawal.

    tp yg pnting jgn menunding jari kat org len. xmaju.

    ReplyDelete
  2. tu betol.. sgt2 betol.. tp dlm menangani mslah remaja, kadang2 yang lebih matang tidak memainkan peranan dgn betol..

    Ak bercakap sbb ak pernah bermasaalah... Sggtgh org mgkin x faham..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha