Wednesday, April 10, 2013

Setiap hari ku bermain alam;
Pokok, binatang, juga sang manusia;
Aku berkerja untuk hijau;
Ku bajak, ku semai, ku tanam;
Ku lihat fikir jua ciptaan Tuhan;
Hebat!Hebat!,
Tepuk fikiranku.

Kuternak ku gengam sunnah mu;
Ku Iman kau Rasul aku;
Aku mohon seru cinta mu;
Tolonglah aku.

Kadang kala ku tersepit;
Tersepit dugaan mu;
Tersepit perasaanku;
Tapi aku tahu;
Aku ada Kamu.

Aku takut isi Dunia;
Aku mudah lalai;
Mudah lupa;
Mudah untuk kalahkan aku;
Sungguh mudah!

Umurku;
Umur kuat kata insan;
Kadang kala panas;
Kadang kala hujan;
Tiba-tiba jadi mendung;

Keluarnya cita-cita;
Disusuli visi dan misi;
Ditambahnya unsur cinta;
Kadang kala aku tak kuat bertarung;

Hanya aku minta ya Allah;
Semaikanlah semangat usaha;
Bersama aku sentiasa tika aku berjuang;
Setiap saat dalam hidup adalah perjuangan;
Dengan berpaut tangan Mu aku jadi perkasa!


Bahagia itu sederhana fikirku. fikir mu?


Sunday, April 07, 2013

Ana fening..

Assalamualikum..

  Kali ini blog ditulis dengan perasaan sedih dan kecewa.. Entahlah, sedih dan kecewa tak pernah berpisah dari hati ini. Mengapa perlu sedih? Pujuk hatiku, Allah dah bagi banyakkkkkk2 perkara pada kita. Tapi pabila Dia tarik sesuatu dari kita, hati terus menggelepar terlompat lompat. Sebab itu nama aku MANUSIA..
Terlalu lemah.

 Sebab apa aku sedih? Entah la, ternakan aku hampir mati petang ini, 50/50 kundisinya.. Lihatlah, kalau ada rezeki esok pagi masih bernyawa.. Semua ditangan Allah.. 

  Kenapa aku kecewa? Ayahku terlebih letak thinner kat pusat ternakan dan siap lumurkan kebadan lagi.. Aku tak salahkan ayah aku, tapi perasaan kecewa tetap melekat. Apa sebab? Mungkin aku tak boleh terima kesilapan tu.. Salah aku jugak sebab aku takde ketika itu.. Maafkan aku..

  Sepatotnya rawatan tu dibuat dengan teliti menggunakan Aerosol untuk hapuskan Maggot Worm. 


Kita lihat esok sajalah kalau ada rezeki,adalah!.. Alhamdulillah




 Buruk pusat nie perkara biasa.




Selepas aku sembur meggunakan Zoosamex (biru) ..

Rawatan Sepatutnya

-Basuh luka dengan ubat kuning (Iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
-Sapukan ubat "lorexane" pada luka
-Semburkan ubat penjauh lalat seperti Gusanex, Zoosamex atau "negusant powder



 Itulahhh, kita bila buat sesuatu kerja jangan mudah putus harapan, hilang semagat boleh dicharge semula.. Tapi bila putus harapan, bendera putih diangkatnya.. Selalulah kita mencari Allah..




Wednesday, March 20, 2013

Ayah..

 Bismillahirahmanirahim..


  Motor buruk EX5 dan sebuah Nissan Sunny putih menjadi sebuah kenangan indah buat aku, mungkin juga adik beradikku yang sempat merasa. Masa kecil-kecil dulu, naik basikal kesekolah. Kakakku pom sama.. Biasanya kakak aku tolong bawakkan makanan kesekolah, jadi aku akan pergi kekelas kakak aku untuk menuntut hak aku.. Sebungkus nasi dipagi hari.. Nyum3... Kakak sulungku sudah ke sekolah berasrama, tinggal yang macai-macai nie jela berperang dirumah.. Kadang2 bergaduh sekampong berebut nk dukung adik-adik, such a crazy child..

 Satu hari, entah kenapa kami tak naik basikal hari tu.. Datang kesekolah ayah yang hantar, dengan kereta wira yang baru dibeli.. Berebut-rebut nak naiknya.. hahahahaha.. Kereta lama pakat-pakat sombong tak nak naik.. budak-budak! Tapi, yang lama tulah meninggalkan nilai yg tinggi pada kami.. Dulu hidup tak sesenang sekarang.. Ooh, balik kepada satu hari td.. Aku dan kakak aku dah lama teringin nak makan satey ikan yang orang siam jual depan sekolah. Meleleh air liur setiap kali tunggu ayah kat depan pintu sekolah.. Akhirnya kitorang nekad berani walaupun terasa rasa bersalah yang amat, kugagahi meminta sokongan keuwangan dari kakak ku.. RM 2 ringgit terkumpul, apa lagi belasah kaw-kaw.. Sedapnya terasa pabila yang diteliuri masuk ke mulut.. Hingga sekarang masih terasa kat kepala otak ni.. Tiba-tiba, nasib baek aku ternampak kereta ayah aku, dah tak jauh.. "matilah kali nie", pikir otakku..
Cepat-cepat ak memberi isyarat kepada kakakku.. Apa lagi, "piunggggggggg", terlalu gagah perkasa kami membaling plastik satey tu kedalam semak belakang wakaf.. Pucat habis, sampai aku yang hitam terus jadi putih.. (credit to teacher hanim a.ka bulat)


Satay Ikan a.k.a Lok Ching


 Sebenarnya, mak ayah terlalu menjaga pemakanan sejak kecik lagi... Dulu nk makan meggi pom, trpaksa meghadapi mak aku yang saje buat muka bengis (dulu)... susah2.. Sekarang, habis makanan ak bedal, lagsung tak terjaga.. Perut makin menaik, blajar susah nak faham..
urmmm.. Terpaksalah kawal pemakanan..

 Aku masih lagi merasa kehangatan memeluk ayah semasa menaiki motor.. Setiap hari, kalau habis kelas fardu ain, kelas tambahan, sukan, motor buruk tulah yang banyak berjasa.. Tak sekalipun tengok ayah mengeluh, tapi selalu dengan pesanan belajar bersungguh-sungguh.. Aku budak nakal dulu, tapi aku tak sorok perangai aku. Jadi diri sendiri, selalu mengaku salah, mungkin sebab tu ayah jadi percayakan aku.. Kalau salah, jadilah orang berani tampil dan mengaku yang saya salah!

 Sekarang dah berbeza, aku pun dah ada abang.. Biarlah abang ipar, in sya Allah aku anggap macam abang sendiri. Mungkin aku panas baran, tapi ayah selalu ada menjadi air.. Mekasih 
Ayah!
  


Terasa nk naik balik kereta kebal nie..




Thursday, February 21, 2013

Aku Bersyukur

Assalamualikum,

 Berhabuk habis wall aku nie.. Iyala, nampak sangat kuat study.." Study la sangat".. Sem 2 degree ak baru je bermula.. Subjek yang aku ambil agak tuff bagi aku, biochemis, genetic, math, daaaannnnnnnnn sebagainya...  
Belaja pulak 4 hari je dalam semiggu.. Khamis xde class.. So, khamis, jumaat, sabtu jadi zombie.. 

  Aku bersyukur sebenarnya, sebab sem nie sepupu aku bagi kereta untuk aku ke universiti.. Senang la sikit nk balik hujung minggu, kalau tak, biasanya naik motor atau aku rembat kereta orang lain yang ada kat rumah.. Ada kereta sendiri senang la sikit.. Kereta lama, tp condisi masih ok, dengan enjin baru, power stereing, kerusi ok.. Ok la tu.. bersyukur sangat2.. Nak cerut rumput banyak2 pom bole campak jea dalam bonet kereta.. Kawan-kawan pon dah ramai start bagi gelaran kat kereta nie.. Kereta James Bond la, 0o7 la, Volvo 007 la , Bulldoser pom ada yg panggil..  #likeaboss




Proton Saga 1990.. aku pom belom celik lagi masa tu..



Tapi, masalah pulak bila laptop aku rosak.. Habis duit satu round kalau beli laptop baru.. Apakan daya kebanyakkan assgmnt dan note dalam soft copy.. Aku pon biasanya study guna laptop..  Amat memerlukan sebuah laptop..





Satu ketika dahulu, Syakir Zulfairi duk ngadap upin ipin sampai ngantok..






Mungkin akan beli Dell Inspiron dalam minggu nie.. dengan izin Allah..... 
Ada cadangan yg lain?






Tuesday, January 01, 2013

Indahnya bila bersyariat..





I'm dreaming and aspire to be cool as him..
What a cool guy.. 
But I'm my self..
Hanya kagum cara dia melihat agama dan Tuhan..


Buah Muda! Buah Tua!





Sedar?
Tidak?
Masih belum Sedar? 
Ayuh Orang Muda!
Ayuh!
(selamat menyambut 2013)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha