Sunday, November 04, 2012

Hidup Sang Petani...

Bismillah...


  "Ada ke , tak ade ke orang nak baca blog hamba.. hamba peduli apa.. janji tulis"
 Ayat-ayat cinta inilah yang bermain di kepala otak aku.. Okey, habis!! 

Sebulan ini, banyak study dan program aku lalui, termasuk projek-projek tidur aku yang masuk ke fasa-fasa kritikal.. Aku kene buat research pasal "Kebudayaan dan Kesenian Meningkatkan Semangat Cintakan Negara".. Fuhhhhhhh, berpeluh-peluh, disebabkan aku ternyata memang fail bab-bab kebudayaan.. Dengan bantuan group members aku, Alhamdulillah kami berjaya buat satu trip temu bual dekat beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Bharu.. Semua group members dan masyarakat dak situ sempoi... perghhhhhhh!


Ummi & Ummu.. 

My team, Azwan, Ummu, Khairol Bobo, Ummi.. :)

Cube bawak kerete  kude la kali nie..

Candid, perghhh! Aku nak la rumah macam nie satu!

1st time aku masok walaupun aku anak Kelate.. (T_T)

Bersama dengan adik-adik SK Kajang, Selangor..

Ala-ala Pahlawan..

Aku jadi kameraman jela yang reti.. Edit2 video..


Selain itu (ayat skema), aku jugak perlu buat Field Trip at USM K.Kerian.. Usha-usha dekat Pusat Penyelidikan Perkhidmatan Haiwan kat dalam tu... Haiwah-haiwan dalam tu bukanlah untuk dijual dan membuat duit, tapi di breedkan untuk tujuaan penyelidikan..

Calon-calon peserta ujibakat Imam Muda..

Perghhh! modern & high tech

Comel Newzealand White... But just for research..

Meauwwwwwwwwwwwwwwww...

Epic Fail!!

Nie biri-biri jenis Blackbelly Barbados.. sikit lagi nak sama dengan Blackberry..

"Tolong saya, saya tak bersalah Cik.. Saya tak makan syabu Cik"

Tarikh-tarikh Arnab di breedkan.. Sistematik...

Cantik mahligai biri-biri kat USM nie.. Jealoussss...

Tikus Lab.. banyakk...boleh dikomersilkan..



Aku nie jenis tak pandai menulis panjang-panjang.. Biarlah gambar menolong aku membicara kehidupan aku sebagai......................... entah!


Friday, September 21, 2012

Melangkah Lagi... :P

Bismillah..

 Alhamdulillah adalah ucapan utama yang aku ucapkan selepas aku menjejakkan kaki ke Universiti.. Tidaklah segempak rakan-rakan yang lain.. Tapi erti syukur itu didahulukan.. Alhamdulillah.. : )    (Lambat sikit update psl smbung blajar)

 Aku dapat duduk Kolej Kediaman B, tak jauh lagsung dengan bangunan blajar.. Jadi aku teramat laaaa lega, ekoran aku yang lalai dan sempoi berjalan ini akan mengalami masalah kalau bagunan kuliah tu jauh.. Satu kelebihan sudah disitu bagi aku.. Surau pon sebelah jea, habis malas nk pergi pon kalau dah dengar azan.. Timbul rasa bersalah tu..Satu lagi kelebihan bagi aku.. hehehe..

 Budak bilik aku pon sempoi2 jerk.. Solat memang tak tinggal, teramatlah bersyukur bagi aku... Terjaga la aku yang mamai nie.. Ade yang dari Johor, dari Perak, dan ada jugak dari Sabah.. Bapak meriah!!


 Nie Azwan, same kursus dengan aku..Dari Manjung, Perak.. 


Nie Akmal, bdk Johor.. Die la penjaga setia bilik kitorang..



Yang muke ala2 foreign Korea nie, Hussien.. Sabahan... Celotehnya member senyuman setiap hari..



 Belajar kat UMK pon syok, udara terlalu segar.. Sesuai untuk aku yang suke keDesaan.. Suasana pagi macam kat kaki Gunung Kinabalu.. Best!!

 Kitorang jugak banyakkan  habis mase kat lab jerk daripada tutor.. Banyak membuat experiment.. Bagi subjek Anatomy & Saikologi la best.. Seronok belajar..



Kambing nie kitorang dah awet, so tinggal nk lapah kulit je..


Dah hampir siap, bdk Pompuan hebat!! sempoi!!

  Focus2!



Dengan skill tersendiri..


Dah siap sekor!! Ada lagi 3 ekor.. 

Kawe jong tengok jah.. Nie kambing jantan..


Bersama Abang Utara dengan kambing betina..


Jadi, lepas siap semua.. Kambing2 nie disimpan laaa oleh lab asst.. Untuk lab minggu depan pula.. Insyallah kita bukak paru-paru dia pulak..  

 Best belajar bende yang menyeronokkan... Jadi, seronok itu datangnya dari ikhlas sebenarnya.. Kalau kita membuka hati kita seluas-luasnya untuk ilmu itu.. Comfirm seronok! Pasti berjaya! INSYALLAH..










Friday, August 31, 2012

Masa yang semakin singkat...

 Salam.. Fuhh, dah nak kene pergi sambung belajar.. Berat betol kepala nak bergerak.. Sabar-sabar.. Pujuk hati aku.. Belajar kerana ilmu Allah.. Sebelom masok belajar, aku cube habiskan mase sebaik mungkin.. Dengan kembali ke tanah keramat, iaitu sekolah.. Sungguh ngeri bagi aku... Berat hati aku nak ke sekolah.. Dengan nama yang ditempa bukan atas dasar kecemerlangan, tapi atas dasar kenakalan.. Berkat guru tu penting, jadi aku gagahkan diri.. Takde gambar nk dikongsi ketika kesekolah.. Takkanlah nk bergambar bagai kot.. 

 Rakan-rakan juga penting dalam coretan langkah kejayaan aku.. So, kene la jumpe member-mamber jugak.. Berkongsi cerita dan pendapat sebelom masuk universiti.. Amboi..




Nizam, sepupu ku di Matrikulasi.. Tak nampak muke time nie. Kalau nampak, gugur jantung gadis-gadis melayu, cina dan india..


Amin Ismail, JB versi Malaya.. Ready nak makan tu.. Tak sabar-sabar..Urmmm...
"Asal semua gambar tak nampak muke?"


Je'me.. Tokei salon yang terkemuka di Wakaf Che Yeah.. Dengan Blackberry nya, ditambah dengan ayat-ayat power yang dimiliki beliau, aku yakin pasti gadis cair berhadapan dengan beliau.. 


Berada di kondo milik Abu di Pelangi Mall.. "Pic Abu tak de.. Adoii.. "
Yang pegang bear tu Ali Samad, Orang hebat.. Driver terkemuka di KL..
Pakai speak tu Amirul MA.. Bakal MA tak lama lagi.. Skill bermain futsal amat hebat!!
Baju kotak-kotak vintage tu Husni Mubarak.. Nak keluarkan fon SAMSUNG baru beliau.. HEBAT!!



Aku jugak keluar dengan Family.. Esok lusa nk pergi, baru sibuk-sibuk cari barang..



Bawak Syakir Zulfairi pergi jalan-jalan shoping.. Beli baju BEN10.. Minat sangat BEN10, BoboiBoy, Upin & Ipin..



Usi sedang memujuk Mak.. Ader la tu udang di sebalik mee..



Ayah sedang memerhatikan awek-awek yang lalu lalang.. Urmmmmm..


Syakir memang pandai berlakon.. Aku nak marah pon rase tak lalu..



Skali sedut satu gelas habis.. 


Ade duit nanti kita beli PREVE..












Monday, August 27, 2012

Pejam Celik..

 Aku pejam, aku celik... Hampir empat bulan sudah aku merempat kat rumah.. Kejap jerk rasanya dan bagaikan mimpi aku belajar di Matrikulasi Banting.. :( .. Dari tarikh aku tulis post nie 3 4 hari jea lagi aku nak masuk Universiti.. Aku tak lah exited sangat, tapi bole tahan la.. Yang aku nampak exited lebih dari aku, adalah mak dan ayah aku.. Itu la ibu bapa, sentiasa gembira dengan apa saja kejayaan anaknya..

 Paling aku tak mau tinggalkan adalah rakan-rakan aku kat belakang rumah aku nie haa.. Hampir seluruh hari aku habiskan masa melayan karenah kawan-kawan aku nie.. Ada yang samseng, manja, baik, liar.. Macam-macam la kalau nak digambarkan.. Semenjak 4 bulan aku kat rumah nie, dah 3 ekor anak biri-biri lahir.. Agak memuaskan la pencapaian nie bagi aku.. Sampai ade sorang budak comel yg datang beraya cakap,


"Mama esok nak datang lagi kat Zoo nie.."

Hahahha.. seronok aku mendengarnya ..Okayla, ade beberapa ahli baru dalam Zoo blakang rumah ak nie.. Aku nak perkenalkan.. :)













Namanya "Culas"..  Nie ayam hutan.. Selain Roslan, dia nie la bapak ayam yang samseng.. Tapi dia agak kecik berbanding Roslan sebab dia ayam hutan.. Sekali berkokok, satu kampung dengar.. 



 Namanya "Che Tong", Ibu ayam hutan.. Pemalu sikit tetapi agak liar sedikit..  Nak tangkap memang comfirm tak dapat..



 Namanya "Syahwal".. Mak aku bagi nama sebab dia lahir time hari raya.. Orang sibuk-sibuk beraya, dia pulak keluar.. Syahwal nie kacukan baka Sata Innes dengan baka Dorset.. Saiznya lebih besar dari yang dah lahir sebulan..



 Namanya "Tupai".. Aku bagi nama Tupai sebab sebijik macam tupai..Nie baka jenis Rex.. Antara termahal dalam spesis arnab..




Nie kawan-kawan Tupai..


 Yang berdiri tu namanya "Izzara".. Tersangat ayu.. Baka Rex jenis broken black.. Antara arnab fevorite budak-budak kat rumah aku..






Nie namanya "Cek Leha".. Agak bodoh.. Sebab dia bunuh semua anak dia yang warna hitam.. Sebab dia tak rasa tu nak dia.. Kita manusia jangan la jadi macam dia.. 

Thursday, July 26, 2012

Perghhhhh..

Assalamualikum...


  Ayat biase blogger-blogger yang berkaliber dan otai akan cakap di awal tulisan beliau-beliau adalah, "perghh, dah lama tak update blog".... Rata-rata macam tu la.. hihihi..


Pernah dengar lagu gemuruh jiwa? 15 kali seminit akan dimainkan di celah-celah televisyen.. 



 Bukanlah hendak memuja lagu tapi dalam lirik lagu nie sarat dengan kata-kata semangat.. Contohnya time Ramli Sarip nyayi, 

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

 Perghhh, kalau la ayat tu masyuk betol dalam kalbu kita.. Kejap je motivasi full charge dalam dada 
kita.. Tapi pernah juga ak dengar Dr. Muhaya Mohamad cakap dalam televisyen, "Kita berlu berinspirasi bukan bermotivasi".. Limaza? Kerana motivasi boleh terbang bila-bila masa saja.. Sama la kita time study atau buat ape-ape kerja, senang sangat hilang motivasi.. Oleh kerana itulah, kita perlu cari inspirasi.. Buat ubat!.. 





Daging Kicap..


Butir Nangka..


Perghhhhhhhhhhhh, makanan LAGEND time moreh, tapi aku... Tak pernah makan Moreh!!



Anda juga boleh membaca artikel ini..Best..


Sunday, July 22, 2012

Zulfadzli...

Bismillah...


  Mak aii, aku tak tido, disebabkan penangan aku tidor dalam buai seharian sambil teman biri-biri aku kat kandang.. Bagun tuk semayang , bagi makan binatang-binatang dengan makan jea.. Malamnyer, tak bole la tido.. Jadi terpaksalah menghadap laptop dan buku2 cerita bergilir gilir.. Sampai ke pagi.. Nasib baik la ak tidor lepas subuh tak tarik sampai ke tengah hari.. Kalau takkkkkkkkkkkkkk....


  9.00 pagi, aku turun ke blakang rumah, sattelkan biri-biri, ayam, dan arnab... Lepas tu aku punya ushar-ushar cari Zulfadzli... Tapi tak jumpe-jumpe.. Kemana hilangnya Zulfadzli?.. Pening dan risau aku dibuatnya.. Di belek-beleknya aku di celah-celah rumput kering.. Ku ketemu Zulfadzli, Alhamdulillah.. Lega sekejap jantung aku nie.. Lemah dibuatnya...


 Tak sedap hati jugak aku dibuatnya, aku pon keluarkan Zulfadzli dari rebannya.. Alamak! Aisemen.... Demam rupanya, hidungye berhingus.. Matanya bertaik, terbaring lemah tak berjalan, comfirm kritikal dalam hati aku.. Aku tenang! , kedepankan akal, membelakangkan panik.. Aku cuba mengcilok bakul kain Mak aku.. Aku letakkan rumput kering dalam bakul tu, tuk nak bagi selesa sikit kat beliau.. Dalam hati aku berdoa, "janganlah bagi kantoi dengan Mak aku".. Disebabkan Mak aku memang alergik dengan Zulfadzli dan rakan-rakan.. Aku bancuh air garam dengan gula secukup rasa.. Teros ak bagi beliau minum, dengan harapan sembuh.. Disebabkan nampak gayanya memang dah teruk.. Aku rasa memang dah xde harapan.. Aku teros tinggalkan beliau dalam bakul sambil ak sambung tido dalam buai..


 Keajaipan berlaku, aku tersedar dek azan zohor, melihat Zulfadzli tengah menggigit daun-daun rumput.. Oh, gembiranya....Alhamdulillah, Zulfadzli kembali cergas.. Yeahhhhhhhhhhh.. Tak tahu la air jampi aku tu mujarab.. Bole la ak pertimbangkan, manalah tahu aku ade bakat jadi Bomoh.. Tapi, tentunya ajal dan maut itu di tangan Tuhan...






Jom aku perkenalkan Zulfadzli..



ps............. Sebenarnya beliau dah mati.. Aku malas nk ceritakn bab tu plk.. Kang tak pasal2 ak jadi sedih..


TQ!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha