Saturday, April 28, 2012

Kenangan Tertulis Lagi..

Assalamualaikum teman-teman Ambo sekalian..

   26/04/2012, Selamat tinggal Kolej Matrikulasi Selangor (KMS), itulah kata-kata yang terluah dalam hati Ambo.. Berat mulut untuk mengucapkan. Tp, hanya hati mampu menterjemah setiap detik di KMS akan menjadi MEMORI dalam brain cell  ini.. Terima kasih kepada Pensyarah-pensyarah atas ilmu yang diberi dan ternyata banyak kelewatan dan sedikit kepontengan disitu..   Ucapan terima kasih juga kepada teman-teman, terutamanya class 326, Kolej Kediaman Canopus dan Capella, Team Volleyball KAKOM, dan seluruh warga KMS.. Moga perkenalan ini menjadikan kita orang yang lebih baik dimasa hadapan.. InsyaAllah.


Wednesday, April 11, 2012

Assalamualikum...

   Ambo skali lagi merompak masa dalam study week nie tuk bukak blog! Minggu nie penting bagi Ambo untuk FINAL EXAM nanti.. So, Ambo sebenarnya x nak gangguan luar datang.. Tapi dia datang jugak bergolek tersenyum-senyum.. Gangguan hati... Yang menyebabkan sakitnya hati Ambo nie... Penting yang amat bagi kita dalam mengawal dan mentadbir hati oleh kerana disebabkan hatilah yang menggerakkan jiwa dan badan kita selama ini selain daripada Encik Akal.. Hatilah penyebab utama dalam membentuk kebaikan didalam diri atau  bagi inversinya kejahatan .. Oleh kerana itu dalam doa kita perlu disertakan, 


"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ke atas agama-Mu serta dalam mentaati-Mu.".. 




Ayuh kita menjadi komander yang cekap dan pintar kepada hati kita!! Hapuskan GANGGUAN... Kita BOLEH!!


:Harap nanti balik kampong, 
sembuhlah penyakit hati nie.. 


Ambo,
Rindu kehidupan kat Kelantan..
Rindu "black is back". 
Rindu haiwan-haiwan ternakkan.. 
Paling rindu KELUARGA...





Kongsi lagu yang membagkitkan semangat kita...





Selamatkan Akidah - Lagu Tema Himpun

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz

Makna lirik lagu ini tersangatlah baik.. Harap kita kuat melalui hari-hari yang sukar kini... Jangan mudah terbang ditiup angkara tangan-tangan yang gatal yang memang sah-sah mahu menjatuhkan kita..


p/s ...TQ.. Saudara Khairul Nizam sebb berkongsi//
             






                   

  

Friday, April 06, 2012

Jadikan Dugaan itu Gula-Gula...

Bila hidop, masalah turut hidop bersama kita.. Apa gunanya masalah? Sebenarnya masalah boleh menjadi kunci kepada sesuatu yang baru atau yang lebih baik.. Bergantung kepada kebijaksanaan orang yang menggunakan masalah itu..

Analoginya mudah: Soalah matematik sah-sah la satu masalah, yang akan menyusahkan otok kita ni.. sah2! tapi jawapan yang dicari ibarat kunci untuk kita maju setapak, menjadi seorang yang lebih baik.. 

Bagi ambo, setiap masalah boleh ditangani.. Cuma perlu BIJAK dan TENANG.. 

"Orang yang bijak adalah orang yang mampu menukarkan sesuatu 
masalah kepada satu alat yang berguna kepadanya"

Minda memainkan peranan penting dalam mengawal masalah dalam diri.. Tapi, bagaimana nak membentuk minda yang diperlukan?

a)  Kejutkan HATI sebelum kejutkan MINDA anda.
b) Istiqomah dalam  BERAMAL SOLEH..
c) Jadikan SABAR sebagai teman..
d) Tingkatkan ILMU dalam diri..

Bagi Ambo semua ini boleh dicapai asalkan ada keinginan yang tinggi.. Allah CINTA akan orang-orang yang melangkah kearah kebaikan.. Masakan Allah yang selama ini kita sebut setiap kali solat yang maha pengasih lagi maha penyayang akan hanya melihat hambanya teros dalam kekusahan sesudah segala keringat dan usahanya ditempur dalam perjuangan.. Jadi setiap kali diuji usah teros berpaling tetapi teroskanlah menadah dan bertempur agar yang bergelar yang maha pengasih lagi maha penyayang itu memberi KEKUATAN dan disusuli KEJAYAAN kepada kita.. InsyaAllah..

Hadis yang dikongsi oleh kawan Ambo di USIM :

"Barang siapa diuji lalu bersabar,
diberi lalu bersyukur,
dizalimi lalu beristigfar,
maka bagi mereka keselamatan 
dan mereka tergolong dalam
orang-orang yang mendapat hidayah"
(HR Al-Baihaqi)

**Mahalnya harga hidayah ALLAH tidak terbeli oleh isi bumi..



#masalah meja stdy yg macam kapal pecah.... (gambar hiasa)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha