Thursday, July 26, 2012

Perghhhhh..

Assalamualikum...


  Ayat biase blogger-blogger yang berkaliber dan otai akan cakap di awal tulisan beliau-beliau adalah, "perghh, dah lama tak update blog".... Rata-rata macam tu la.. hihihi..


Pernah dengar lagu gemuruh jiwa? 15 kali seminit akan dimainkan di celah-celah televisyen.. 



 Bukanlah hendak memuja lagu tapi dalam lirik lagu nie sarat dengan kata-kata semangat.. Contohnya time Ramli Sarip nyayi, 

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

 Perghhh, kalau la ayat tu masyuk betol dalam kalbu kita.. Kejap je motivasi full charge dalam dada 
kita.. Tapi pernah juga ak dengar Dr. Muhaya Mohamad cakap dalam televisyen, "Kita berlu berinspirasi bukan bermotivasi".. Limaza? Kerana motivasi boleh terbang bila-bila masa saja.. Sama la kita time study atau buat ape-ape kerja, senang sangat hilang motivasi.. Oleh kerana itulah, kita perlu cari inspirasi.. Buat ubat!.. 





Daging Kicap..


Butir Nangka..


Perghhhhhhhhhhhh, makanan LAGEND time moreh, tapi aku... Tak pernah makan Moreh!!



Anda juga boleh membaca artikel ini..Best..


Saturday, July 14, 2012

Kumbang..

Bismillah...


 Gembira melihat rakan-rakan yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringakat degree, terutamanya daripada Matrikulasi dan Asasi.. Tersangat gembira! Diharap lembaran baru dapat dibuka dalam kehidupan masing-masing, lembaran yang akan memberi contengan kegembiraan dan kebahagiaan di masa akan datang kelak..






  Aku pula? Alhamdulillah, dapat ape yang ak hajatkan.. Rase tersangat gembira dan syukur.. Tidak terkata.. Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Penternakkan) , cukuplah bagi aku.. Tidaklah segah rakan-rakan yang lain.. Mungkin orang ramai pandang sebelah mata, tapi inilah peluang aku meneruskan cita-cita dan minat.. Selangkah sahaja lagi, bertahan untuk satu nafas.. Hanya focus dan usaha yang boleh membantu.. Ada juga orang bertanya "asal ko tak teruskan tuk vaterina?".. Jawapannya, aku lebih tahu kemampuan aku... Ada jugak cubaan-cubaan anasir-anasir yang boleh mengganggu focus aku.. Cinta.. Datang disetiap penjuru di umurku 19.. Macam manalah aku nak menghadapinya di usia akan datang.. Semua orang ade pendapat dan peganggan tentang cinta, aku hormati setiap pendapat, sebab setiap peganggan ada asasnya.. Yang tidak berasas, tidak layak dihormati..


 Setiap wanita perlu licik, licik melawan kelicikkan lelaki.. Sebab lelaki sering dan pintar mengambil kesempatan.. Wanita yang berhati-hati, bernilai tinggi. Wanita yang senang dimiliki, senang pula dipermainkan dan dipersiakan bagi aku.. Kalaulah aku sudah sampai masanya, aku lebih sanggup meredah sungai yang penuh buaya mencari mana yang suci lagi terpelihara.. Secara saikonya, lelaki memang lebih sukakan yang mencabar dan kejutan..

 Apa pun di usia muda, kita perlu bijak.. Ada juga yang tidak bijak dalam akedemik, tapi kita perlu bijak ke arah penjuru lain.. Bijak dengan cara tersendiri.. Tidak kisahlaa.. Penggunaan kematangan tu tersangat penting.. Teringat kisah Yahya bin Akhtam al-Tamimi  yang aku baca baru-baru ini, tersangat bijak..


 Khalifah al-Makmun melantiknya menjadi Hakim Agama di kota Baghdad pada usia 21 tahun . Menjadi ruang rujukkan setiap menteri kerajaan dalam segenap sudut .. Suatu hari, seseorang bertanya kepadanya, "berapakah usia tuan hakim?".. Terlalu bijak memahami sinisan pertanyaan itu.. Beliau menjawab, "Usiaku lebih tua daripada 'Attab bin Usaid apabila apabila Nabi Muhammad melantiknya menjadi penguasa Kota Mekkah. Usiaku lebih tua daripada Muadz bin Jabal apabila diutuskan nabi menjadi kadi di Yaman. Dan usiaku jua lebih tua daripada Kaab bin Siwar apabila Umar al-Khattab menjadikan beliau kadi di Basrah".. Masyallah..


 Yang muda hanya perlu bijak untuk survive di dunia kali ini.. Dalam hal cinta, cuba fikirkan bagaimana aku boleh serius dalam cinta, sedangkan perkara yang serius tidak diseriuskan.. Dan terakhir kata-kata seorang lecture aku yang kebal diingat, " Adakah layak kita memberi cinta kita pada orang lain, sedangkan kita belom membalas cinta ibu-bapa?".. Moga Allah menjaga diri sesiapa sahaja yang membaca tulisa ini.. Pesanan buat semua dan tak lupa diri aku jugak..


:)











Tuesday, July 10, 2012

Bak Rusa Dilibas Dek Buaya..

  Alangkah gembiranya esok tak kerja, umpama ketika zaman kecik-kecil dahulu.. Mengharap hari ahad tak payah kesekolah, sebab nak tengok Dragon Ball... Macam-macam la alasannya, sakit gigi la, muntah la, demam la, macam2 lagi la.. Tapi sumer tu tak berkesan sebab mak aku terlalu garang ketika itu.. No chance katanya pengulas bola sepak.. Tapi bila dah besar, elok2 jea.. Sebab aku dan mak aku dah jadi kawan.. Tula untungnya berkawan dengan ibu bapa.. Tapi jangan la pulak kita mengkhianati kepercayaan ibu bapa.. Betol atau salah, jujur jea.. Tu yang penting..


  Dulu-dulu ade la jugak gadoh dengan Kak Ngah aku, sebab dia suka kacau aku.. Tapi bila gadoh, teros mak aku hantukan kepala kitorang .. Serik! Taubat tak buat lagi.. Setiap kesalahan dihukum dengan tegas, pandai, adil, itulah mak aku..

gaduh ala-ala anak bear nie..




  Tapi Main Point post nie sebenarnya pasal satu Filem.. 


  Ibu Mertuaku.. Aish,, mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu tengok movie nie.. Nak tak nak, kene la tengok.. Tapi, aku tak pernah habiskan cerita nie.. Asal dah sampai part Kassim Selamat dah jadi buta, aku teros agkat kaki blah, tak pon teros pejam tido.. Aku tak boleh tengok kesedihan Kassim Selamat.. Kecik-kecik dulu, sampai nak menangis dibuatnya mengalahkan cerita hindustan.. Sebab tu aku tak suka. Menangis!!.. Disebabkan cerite nie la jugak aku menggilai nama Osman Jailani.. Nak tarok name anak pon bole rasanya.. (hahaha, classic)... Tapi sekarang, aku dah membesar, kental!! No fear orang kata.. First ak tonton sampai habis Ibu Mertuaku mase ak Form 1.. Tahun keramat kebalighranku... Rasmilah ak sebagai anak jantan sejati selepas baligh dan ditambah dengan menghabiskan cerita Ibu Mertuaku!! yeahhhhhhhh... Tapi semua dosa aku dah kene tanggung sendiri..


bye!


Poster pon dah gempak..



Aksi Kassim Selamat..



Dialog yang paling popular dalam otak aku adalah dekat scene nie.




Osman Jailani Lagend!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha