Friday, August 31, 2012

Masa yang semakin singkat...

 Salam.. Fuhh, dah nak kene pergi sambung belajar.. Berat betol kepala nak bergerak.. Sabar-sabar.. Pujuk hati aku.. Belajar kerana ilmu Allah.. Sebelom masok belajar, aku cube habiskan mase sebaik mungkin.. Dengan kembali ke tanah keramat, iaitu sekolah.. Sungguh ngeri bagi aku... Berat hati aku nak ke sekolah.. Dengan nama yang ditempa bukan atas dasar kecemerlangan, tapi atas dasar kenakalan.. Berkat guru tu penting, jadi aku gagahkan diri.. Takde gambar nk dikongsi ketika kesekolah.. Takkanlah nk bergambar bagai kot.. 

 Rakan-rakan juga penting dalam coretan langkah kejayaan aku.. So, kene la jumpe member-mamber jugak.. Berkongsi cerita dan pendapat sebelom masuk universiti.. Amboi..




Nizam, sepupu ku di Matrikulasi.. Tak nampak muke time nie. Kalau nampak, gugur jantung gadis-gadis melayu, cina dan india..


Amin Ismail, JB versi Malaya.. Ready nak makan tu.. Tak sabar-sabar..Urmmm...
"Asal semua gambar tak nampak muke?"


Je'me.. Tokei salon yang terkemuka di Wakaf Che Yeah.. Dengan Blackberry nya, ditambah dengan ayat-ayat power yang dimiliki beliau, aku yakin pasti gadis cair berhadapan dengan beliau.. 


Berada di kondo milik Abu di Pelangi Mall.. "Pic Abu tak de.. Adoii.. "
Yang pegang bear tu Ali Samad, Orang hebat.. Driver terkemuka di KL..
Pakai speak tu Amirul MA.. Bakal MA tak lama lagi.. Skill bermain futsal amat hebat!!
Baju kotak-kotak vintage tu Husni Mubarak.. Nak keluarkan fon SAMSUNG baru beliau.. HEBAT!!



Aku jugak keluar dengan Family.. Esok lusa nk pergi, baru sibuk-sibuk cari barang..



Bawak Syakir Zulfairi pergi jalan-jalan shoping.. Beli baju BEN10.. Minat sangat BEN10, BoboiBoy, Upin & Ipin..



Usi sedang memujuk Mak.. Ader la tu udang di sebalik mee..



Ayah sedang memerhatikan awek-awek yang lalu lalang.. Urmmmmm..


Syakir memang pandai berlakon.. Aku nak marah pon rase tak lalu..



Skali sedut satu gelas habis.. 


Ade duit nanti kita beli PREVE..












Monday, August 27, 2012

Pejam Celik..

 Aku pejam, aku celik... Hampir empat bulan sudah aku merempat kat rumah.. Kejap jerk rasanya dan bagaikan mimpi aku belajar di Matrikulasi Banting.. :( .. Dari tarikh aku tulis post nie 3 4 hari jea lagi aku nak masuk Universiti.. Aku tak lah exited sangat, tapi bole tahan la.. Yang aku nampak exited lebih dari aku, adalah mak dan ayah aku.. Itu la ibu bapa, sentiasa gembira dengan apa saja kejayaan anaknya..

 Paling aku tak mau tinggalkan adalah rakan-rakan aku kat belakang rumah aku nie haa.. Hampir seluruh hari aku habiskan masa melayan karenah kawan-kawan aku nie.. Ada yang samseng, manja, baik, liar.. Macam-macam la kalau nak digambarkan.. Semenjak 4 bulan aku kat rumah nie, dah 3 ekor anak biri-biri lahir.. Agak memuaskan la pencapaian nie bagi aku.. Sampai ade sorang budak comel yg datang beraya cakap,


"Mama esok nak datang lagi kat Zoo nie.."

Hahahha.. seronok aku mendengarnya ..Okayla, ade beberapa ahli baru dalam Zoo blakang rumah ak nie.. Aku nak perkenalkan.. :)













Namanya "Culas"..  Nie ayam hutan.. Selain Roslan, dia nie la bapak ayam yang samseng.. Tapi dia agak kecik berbanding Roslan sebab dia ayam hutan.. Sekali berkokok, satu kampung dengar.. 



 Namanya "Che Tong", Ibu ayam hutan.. Pemalu sikit tetapi agak liar sedikit..  Nak tangkap memang comfirm tak dapat..



 Namanya "Syahwal".. Mak aku bagi nama sebab dia lahir time hari raya.. Orang sibuk-sibuk beraya, dia pulak keluar.. Syahwal nie kacukan baka Sata Innes dengan baka Dorset.. Saiznya lebih besar dari yang dah lahir sebulan..



 Namanya "Tupai".. Aku bagi nama Tupai sebab sebijik macam tupai..Nie baka jenis Rex.. Antara termahal dalam spesis arnab..




Nie kawan-kawan Tupai..


 Yang berdiri tu namanya "Izzara".. Tersangat ayu.. Baka Rex jenis broken black.. Antara arnab fevorite budak-budak kat rumah aku..






Nie namanya "Cek Leha".. Agak bodoh.. Sebab dia bunuh semua anak dia yang warna hitam.. Sebab dia tak rasa tu nak dia.. Kita manusia jangan la jadi macam dia.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha