Wednesday, April 11, 2012

Assalamualikum...

   Ambo skali lagi merompak masa dalam study week nie tuk bukak blog! Minggu nie penting bagi Ambo untuk FINAL EXAM nanti.. So, Ambo sebenarnya x nak gangguan luar datang.. Tapi dia datang jugak bergolek tersenyum-senyum.. Gangguan hati... Yang menyebabkan sakitnya hati Ambo nie... Penting yang amat bagi kita dalam mengawal dan mentadbir hati oleh kerana disebabkan hatilah yang menggerakkan jiwa dan badan kita selama ini selain daripada Encik Akal.. Hatilah penyebab utama dalam membentuk kebaikan didalam diri atau  bagi inversinya kejahatan .. Oleh kerana itu dalam doa kita perlu disertakan, 


"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ke atas agama-Mu serta dalam mentaati-Mu.".. 




Ayuh kita menjadi komander yang cekap dan pintar kepada hati kita!! Hapuskan GANGGUAN... Kita BOLEH!!


:Harap nanti balik kampong, 
sembuhlah penyakit hati nie.. 


Ambo,
Rindu kehidupan kat Kelantan..
Rindu "black is back". 
Rindu haiwan-haiwan ternakkan.. 
Paling rindu KELUARGA...





Kongsi lagu yang membagkitkan semangat kita...





Selamatkan Akidah - Lagu Tema Himpun

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz

Makna lirik lagu ini tersangatlah baik.. Harap kita kuat melalui hari-hari yang sukar kini... Jangan mudah terbang ditiup angkara tangan-tangan yang gatal yang memang sah-sah mahu menjatuhkan kita..


p/s ...TQ.. Saudara Khairul Nizam sebb berkongsi//
             






                   

  

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha