Friday, June 27, 2014

Su.Su.

Dalam pembesaran haiwan ruminant ada satu part yang penting untuk kita lihat iaitu Colostrum, ia adalah sangat penting sehingga kadang-kadang ia dikenali sebagai "Liquid Gold".. Ia nya dihasilkan dalam tempoh lebih kurang 24 selepas kelahiran.

Semua haiwan mamalia menghasilkan colostrum. Susu ini sedikit pekat dan kekuningan atau coklat . Colostrum dia kaya dengan tenaga, protein, vitamin dan mineral. Paling penting, ia mengandungi antibodi ibu yang membantu melindungi bayi yang baru lahir dari patogen pada awal hayatnya. Manusia pom menghasilkan benda nie tapi aku tak sure apa nama sainstific dia atau sama, "colostrum". Kalau kat kampung, aku tanya mak aku dia paggil "Getah Timun", wahhhhh, hebat orang Melayu bagi nama..

Pemberian colostrum ini amat penting untuk anak haiwan ternakan atau pets anda untuk imune dari penyakit untuk menghadap hari membesar. Ada info tentang colostrum dalam skop manusia atau wanita?


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha