Sunday, November 04, 2012

Hidup Sang Petani...

Bismillah...


  "Ada ke , tak ade ke orang nak baca blog hamba.. hamba peduli apa.. janji tulis"
 Ayat-ayat cinta inilah yang bermain di kepala otak aku.. Okey, habis!! 

Sebulan ini, banyak study dan program aku lalui, termasuk projek-projek tidur aku yang masuk ke fasa-fasa kritikal.. Aku kene buat research pasal "Kebudayaan dan Kesenian Meningkatkan Semangat Cintakan Negara".. Fuhhhhhhh, berpeluh-peluh, disebabkan aku ternyata memang fail bab-bab kebudayaan.. Dengan bantuan group members aku, Alhamdulillah kami berjaya buat satu trip temu bual dekat beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Bharu.. Semua group members dan masyarakat dak situ sempoi... perghhhhhhh!


Ummi & Ummu.. 

My team, Azwan, Ummu, Khairol Bobo, Ummi.. :)

Cube bawak kerete  kude la kali nie..

Candid, perghhh! Aku nak la rumah macam nie satu!

1st time aku masok walaupun aku anak Kelate.. (T_T)

Bersama dengan adik-adik SK Kajang, Selangor..

Ala-ala Pahlawan..

Aku jadi kameraman jela yang reti.. Edit2 video..


Selain itu (ayat skema), aku jugak perlu buat Field Trip at USM K.Kerian.. Usha-usha dekat Pusat Penyelidikan Perkhidmatan Haiwan kat dalam tu... Haiwah-haiwan dalam tu bukanlah untuk dijual dan membuat duit, tapi di breedkan untuk tujuaan penyelidikan..

Calon-calon peserta ujibakat Imam Muda..

Perghhh! modern & high tech

Comel Newzealand White... But just for research..

Meauwwwwwwwwwwwwwwww...

Epic Fail!!

Nie biri-biri jenis Blackbelly Barbados.. sikit lagi nak sama dengan Blackberry..

"Tolong saya, saya tak bersalah Cik.. Saya tak makan syabu Cik"

Tarikh-tarikh Arnab di breedkan.. Sistematik...

Cantik mahligai biri-biri kat USM nie.. Jealoussss...

Tikus Lab.. banyakk...boleh dikomersilkan..



Aku nie jenis tak pandai menulis panjang-panjang.. Biarlah gambar menolong aku membicara kehidupan aku sebagai......................... entah!


Friday, September 21, 2012

Melangkah Lagi... :P

Bismillah..

 Alhamdulillah adalah ucapan utama yang aku ucapkan selepas aku menjejakkan kaki ke Universiti.. Tidaklah segempak rakan-rakan yang lain.. Tapi erti syukur itu didahulukan.. Alhamdulillah.. : )    (Lambat sikit update psl smbung blajar)

 Aku dapat duduk Kolej Kediaman B, tak jauh lagsung dengan bangunan blajar.. Jadi aku teramat laaaa lega, ekoran aku yang lalai dan sempoi berjalan ini akan mengalami masalah kalau bagunan kuliah tu jauh.. Satu kelebihan sudah disitu bagi aku.. Surau pon sebelah jea, habis malas nk pergi pon kalau dah dengar azan.. Timbul rasa bersalah tu..Satu lagi kelebihan bagi aku.. hehehe..

 Budak bilik aku pon sempoi2 jerk.. Solat memang tak tinggal, teramatlah bersyukur bagi aku... Terjaga la aku yang mamai nie.. Ade yang dari Johor, dari Perak, dan ada jugak dari Sabah.. Bapak meriah!!


 Nie Azwan, same kursus dengan aku..Dari Manjung, Perak.. 


Nie Akmal, bdk Johor.. Die la penjaga setia bilik kitorang..



Yang muke ala2 foreign Korea nie, Hussien.. Sabahan... Celotehnya member senyuman setiap hari..



 Belajar kat UMK pon syok, udara terlalu segar.. Sesuai untuk aku yang suke keDesaan.. Suasana pagi macam kat kaki Gunung Kinabalu.. Best!!

 Kitorang jugak banyakkan  habis mase kat lab jerk daripada tutor.. Banyak membuat experiment.. Bagi subjek Anatomy & Saikologi la best.. Seronok belajar..



Kambing nie kitorang dah awet, so tinggal nk lapah kulit je..


Dah hampir siap, bdk Pompuan hebat!! sempoi!!

  Focus2!



Dengan skill tersendiri..


Dah siap sekor!! Ada lagi 3 ekor.. 

Kawe jong tengok jah.. Nie kambing jantan..


Bersama Abang Utara dengan kambing betina..


Jadi, lepas siap semua.. Kambing2 nie disimpan laaa oleh lab asst.. Untuk lab minggu depan pula.. Insyallah kita bukak paru-paru dia pulak..  

 Best belajar bende yang menyeronokkan... Jadi, seronok itu datangnya dari ikhlas sebenarnya.. Kalau kita membuka hati kita seluas-luasnya untuk ilmu itu.. Comfirm seronok! Pasti berjaya! INSYALLAH..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hu.. ha.. hu ha